Monday, 13 February 2012

Cara2 Menghasilkan Sticker (manual)



Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada blogger2 dan pengunjung2 blog ini. Kali ni Faizal nak bagi ajar teknik2 yang simple nak potong sticker dengan cara manual (guna tangan). Mula2 Faizal nak bagi tahu apa yang penting dalam memotong sticker ni adalah minat. Kalau tak ada minat agak susah sedikit nak dapat hasil yang memuaskan. Disamping itu, kesabaran juga amat diperlukan semasa memotong. Kerana bagi yang beginner atau yang baru nak belajar, mungkin tangan masih kekok atau tak smooth lagi. Tapi tak apa kalau ada usaha pasti ada hasil. Kenapa Faizal bagi tau semua ni sebab korang akan rasa fade up bila korang dah start potong sticker tu.
Ok, peralatan dan bahan yang perlu ada untuk menghasilkan sticker yang baik ialah pisau, sticker, design sticker dan pansel. Kalau korang nak guna bahan sokongan pun boleh jugak macam pembaris kalau nak potong garisan lurus dan duit untuk buat bulatan(contoh paling senang).

1.     Dapatkan design yang sesuai. Korang boleh design sendiri atau amik kat mana2 yang korang nak.
2.     Hitamkan bahagian belakang design korang atau korang boleh guna kertas tekap yang jenis pansel.
3.     Tekapkan design korang ke atas sticker kosong yang korang nak potong.
4.     Ikut balik design korang dengan menggunakan pensil atau pen. Pastikan mata pansel dan pen tajam untuk dapat garisan tekap pada sticker yang tepat. Dan jangan gerakkan design daripada sticker walaupun sedikit sehingga habis korang tekap. Kalau tak korang kena tekap lain. Sebab nanti korang pening nak potong yang mana satu.
5.     Potong sticker korang dengan menggunakan pisau yang tajam.  Potong bahagian yang telah di design satu persatu. Contoh, antara huruf A dengan B harus di asingkan. Untuk nampakkan line pemisah antara huruf tu.
6.     Selepas selesai potong, angkat sticker tu letakan pada sticker yang lain sebagai lapik atau background sticker korang. Dan kalau ada kecacatan pada sticker tu korang perbaiki la supaya sticker tu nampak cantik. Tidak bersegi kalau potongan sticker tu bulat.
7.     Akhir sekali, setelah selesai perbaiki yang mana cacat tu. Potong bahagian lapisan kedua dengan menjarakkan sedikit keluar daripada lapisan pertama.

Cara potongan sticker ni mengikut kretiviti korang masing-masing dan design yang cantik juga memainkan peranan yang penting bagi menghasilkan bentuk yang menarik. Apa yang paling penting pisau jangan tekan terlalu kuat pada sticker semasa kerja perbaiki sticker yang dah dipotong sebab sticker yang dibawah tu akan turut terpotong. Ini membuatkan sticker cepat rosak dan tidak tahan lama kalau ditampal kat tempat lain.

Friday, 3 February 2012

Sticker Potong (Hobi)


Assalamaimualaikum dan selamat sejahtera kepada blogger2 dan yang mengunjungi blog ini. Faizal nak Tanya angpa, tentang hobi angpa? Hobi angpa mesti sesuatu benda yang menarik yang angpa buat bila ada masa lapang kan? Apa yang Faizal nak kongsikan dalam halaman ni adalah hobi yang sgt menarik walaupun ramai yang telah menaruh minat kepada benda nie. Apa yang Faizal maksudkan adalah memotong “sticker” atau pelekat.



Faizal buat sticker nie atas dasar minat dan hobi ja. Cuma suka2 ja buat buat benda nie klu ad masa lapang. Dengan memotong Faizal dapat jadikan sesuatu yang menarik mengikut kehendak Faizal. Kadang2 bila Faizal potong stiker nie dapat melupakan masalah skeliling malah kadang2 tu assignment yang belambak n susah tuh pun dapat dilupakan seketika sebab slalunya klu dah minat sesuatu benda tuh kita mesti asyik mengadap benda tu ja. Sebenarnya Faizal nie suka benda2 yang rumit atau pun kalau angpa paham benda yang renyah, kadang2 terlalai kejap sebab dok asyik sangat potong benda2 yang kecik2 tu. Bila dah mula potong sticker tu mesti amik masa berejam2 la nak habiskan tapi tak la sampai lupa solat. Solat tuh tiang agama kan, so kalau tak solat tak guna la Allah swt bagi minat nie kat kita.



Jadi, Macam mana yang boleh jadi berjam2 mengadap benda tu, sebab Faizal potong menggunakan pisau tangan. Sesetengah orang menggunakan mesin memotong sticker yang Faizal sendiri tak mampu nak beli. Harga sebuah mesin tuh sampai beribu dan sticker plak kena beli segulung sampai harga beratus, tapi Faizal minat potong dengan pisau tangan ja. Sticker tak la mahal nak beli. Warna sticker yang Faizal ada jugak tak banyak. so, kena la guna warna yang ada ja mengikut keperluan design yang kita buat.



Cara2 nak buat sticker nie sebanarnya senang ja, Cuma tangan kena lembut dan memerlukan kesabaran yang tinggi. Sebenarnya suma orang buleh buat benda neh cuma kena ada minat la klu tak susah skit sebab benda nie rumit. Kalau tengok dari cara Nampak senang tp sebenar nya susah.
Hasil potongan yang Faizal buat neh tak la sebagus mana klu dibandingkan dengan kawan2 lain yang dah professional tuh. Mungkin Faizal kena buat banyak latihan kot nak jadikan potongan tuh perfect. Apa yang buleh Faizal kata kan buat benda neh memang seronok tambah2 lagi bila dah siap. Tapi bila dah siap? Apa nak buat sticker2 neh? Buat koleksi je la……hahaha..

Friday, 20 January 2012

Pening Buat Blog Nie...

Bismillahirrahmanirrahim... Start dengan bismillah baru berkat skit buat blog nie. Hmmm.. Apa aku nak tulis ntah dalam ruang nie~? (maaf bahasa kasar sket) Al-maklum la first time buat blog, sebelum nie ada jugak member2 ajak blogging ni, tp aku bagi alasan "x pandai la nak berblog2 nie". Tujuan aku buat blog nie bukan apa, sebenarnya nak merasa apa yang best sangat kat blog nie~? hm... bleh la nak kata best tuh? biase je..tp mungkin keseronokan tu datang bila kita ada information atau cerita2 yg menarik kot.. X tau la.. Bila pikir2 balik bleh gak penuhkan masa terluang taip benda2 ngarut kat sini. Maksud benda ngarut tuh xder la sampai tahap x bleh diterima akal (x paham udah). Apa lagi aku nak taip ntah, haaa... aku bukannya reti sangat taip panjang2 berjela mcm blogger yang lain.. mcm2 diceritanya dari A-Z.. Last aku tulis ayat pepanjang nie masa aku dok bangku sekolah, serabut buat karangan panjang2.. mcm mana pown terpaksa la ngarut dalam testpad tuh nak lulus punya pasal. Nasib baik SPM pon past tambah lagi dengan tulisan aku yg lawa skit tuh kan bleh la senangkan hati cikgu aku tuh nak baca klu x jahanam aku.

Hmm... Aku rasa karang tentang perkara yg aku karang nie perkara biasa bagi first blogging kan..~!(brapa banyak karang nie).Macm pelik ja ayat aku neh.. ahh.. pasai.. Hope.. korang pon camtuh gak.. Bab xdek la kena gelak sgt ngan angpa yang baca ayat melalut aku neh. klu kena gelak pown dengan yg dah Pro je la... xkesah la nak gelak2 la.. bukan aku dengar pon.. Xpa la nanty dah lama2 dasyat la tuh ayat aku neh, sabar je la.. Pada member yg baca blog aku neh jgn nak gelak kuat2 sgt. Satu lagi jgn nak bahan aku kat kelas.~! selain tu, Trima kasih gak kat member yg tolong ajar aku buatkan blog nie. walaupun x banyak membantu tapi ada la skit pahala kat situ.. wakakaka..~! tp pahala tuh bleh bertambah klu aku guna blog nie kearah kebaikan.. hehe.. Aku pon x tau brapa lama aku bleh tahan ngan blog nie.. mungkin kadang2 bukak kadang2 x bukak, kadang2 update kadang2 x update.(oit.. sudah la dgn kadang2 ang tuh)... Mungkin blog aku nie bosan.. tp aku akan perbaiki lagi.. harap korang enjoy..huhu..


Sentiasa Ceriakan Hari2 anda dengan Senyuman...... Enjoy~!