Monday, 13 February 2012

Cara2 Menghasilkan Sticker (manual)



Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada blogger2 dan pengunjung2 blog ini. Kali ni Faizal nak bagi ajar teknik2 yang simple nak potong sticker dengan cara manual (guna tangan). Mula2 Faizal nak bagi tahu apa yang penting dalam memotong sticker ni adalah minat. Kalau tak ada minat agak susah sedikit nak dapat hasil yang memuaskan. Disamping itu, kesabaran juga amat diperlukan semasa memotong. Kerana bagi yang beginner atau yang baru nak belajar, mungkin tangan masih kekok atau tak smooth lagi. Tapi tak apa kalau ada usaha pasti ada hasil. Kenapa Faizal bagi tau semua ni sebab korang akan rasa fade up bila korang dah start potong sticker tu.
Ok, peralatan dan bahan yang perlu ada untuk menghasilkan sticker yang baik ialah pisau, sticker, design sticker dan pansel. Kalau korang nak guna bahan sokongan pun boleh jugak macam pembaris kalau nak potong garisan lurus dan duit untuk buat bulatan(contoh paling senang).

1.     Dapatkan design yang sesuai. Korang boleh design sendiri atau amik kat mana2 yang korang nak.
2.     Hitamkan bahagian belakang design korang atau korang boleh guna kertas tekap yang jenis pansel.
3.     Tekapkan design korang ke atas sticker kosong yang korang nak potong.
4.     Ikut balik design korang dengan menggunakan pensil atau pen. Pastikan mata pansel dan pen tajam untuk dapat garisan tekap pada sticker yang tepat. Dan jangan gerakkan design daripada sticker walaupun sedikit sehingga habis korang tekap. Kalau tak korang kena tekap lain. Sebab nanti korang pening nak potong yang mana satu.
5.     Potong sticker korang dengan menggunakan pisau yang tajam.  Potong bahagian yang telah di design satu persatu. Contoh, antara huruf A dengan B harus di asingkan. Untuk nampakkan line pemisah antara huruf tu.
6.     Selepas selesai potong, angkat sticker tu letakan pada sticker yang lain sebagai lapik atau background sticker korang. Dan kalau ada kecacatan pada sticker tu korang perbaiki la supaya sticker tu nampak cantik. Tidak bersegi kalau potongan sticker tu bulat.
7.     Akhir sekali, setelah selesai perbaiki yang mana cacat tu. Potong bahagian lapisan kedua dengan menjarakkan sedikit keluar daripada lapisan pertama.

Cara potongan sticker ni mengikut kretiviti korang masing-masing dan design yang cantik juga memainkan peranan yang penting bagi menghasilkan bentuk yang menarik. Apa yang paling penting pisau jangan tekan terlalu kuat pada sticker semasa kerja perbaiki sticker yang dah dipotong sebab sticker yang dibawah tu akan turut terpotong. Ini membuatkan sticker cepat rosak dan tidak tahan lama kalau ditampal kat tempat lain.

2 comments:

  1. da lme aku xpotong sticker~ huhu tp aku lau potog pon xcreativ cam ko~ =.=" men bedal je hahaha

    ReplyDelete